SELANGOR

Kemasukan pelajar baharu di Selangor naik mendadak

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 JAN: Kemasukan pelajar Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu di sekolah menengah seluruh Selangor meningkat dengan mendadak berbanding tahun sebelumnya.

Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim berkata, bilangan pelajar mendaftar Tarjah Aatu pada tahun ini meningkat kepada kira-kira 96,000 orang.

“Di Selangor, bilangan pelajar Tahun Satu sahaja menunjukkan peningkatan ketara daripada kira-kira 91,000 orang tahun lalu kepada sekitar 96,000 tahun ini.

“Begitu juga peningkatan menggalakkan bagi pelajar Timngkatan Satu daripada lebih kurang 70,000 orang kepada 73,000 pelajar di mana ini pertambahan besar,” katanya kepada media pada acara Larian Ceria Pendidikan Selangor 2018 di Taman Botani Negara di sini, hari ini.

Turut hadir, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Mohd Salleh melahirkan rasa gembira berikutan sesi minggu pertama persekolahan berjalan lancar dengan tiada sebarang isu serius berbangkit.

“Saya amat bersyukur kerana sepanjang minggu pertama sesi persekolahan tahun ini di Selangor berjalan lancar walaupun terdapat beberapa aduan tetapi ia perkara biasa dan bila disiasat, perkara itu sebenarnya tidak berasas.

“Saya amat berbesar hati dengan komitmen, kerjasama dan inisiatif semua warga pendidik Selangor dan kaki tangan lain yang bertungkus lumus memastikan sesi persekolahan berjalan lancar,” katanya.

 


Pengarang :