SELANGOR

Laluan motosikal Jalan Railway ditutup tiga minggu – MBPJ

OLEH NADIAH ZAMLUS

PETALING JAYA, 4 JAN : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menutup Jalan Railway 1/2 hingga Jalan PJS 1/26 selama tiga minggu, bermula Isnin depan.

MBPJ dalam kenyataan berkata, penutupan itu bagi membolehkan kerja penyambungan jejantas motosikal lama dan baharu di jalan berkenaan dilakukan.

Katanya, berikutan itu laluan jejantas motosikal terbabit akan ditutup sehingga 28 Januari bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan.

“Oleh itu pengguna motosikal dikehendaki menggunakan laluan alternatif di Jalan Templer – Lebuhraya Baru Pantai (NPE) sepanjang tempoh pelaksanaan kerja berkaitan bagi menggelakkan sebarang kesulitan.

“Sementara pengguna lalu lintas yang mempunyai sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh terus berhubung Bahagian Aset dan Infrastruktur, Jabatan Kejuruteraan MBPJ di talian 03-79584221 atau Pengurus Projek Wealthtool Enterprise, Muhammad Azwan Alwee di talian 012-7743776,” katanya.


Pengarang :