SUKANKINI

Ozil tenang di sebalik desakan penjualan

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 15 JAN: Pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil, tenang menjalani latihan pemulihan bagi mengembalikan kecergasan disebalik desakan penjualannya susulan kemerosotan prestasi pasukan yang sekadar mengumpul dua mata dari lima perlawanan terakhir.

Desakan itu termasuk kenyataan pengurus pasukan, Unai Emery yang mahu menjual segera bekas pemain kebangsaan Jerman berusia 30 tahun ini dan mahu menggunakan dana bagi membeli pemain baharu.

Berkongsi sekeping gambar pemulihan di Pusat Latihan Arsenal di laman Instagram, m10_official, Ozil menyatakan ‘tidak kira apa, teruskan kerja’.

Kenyataan itu memperlihat beliau enggan melayan desakan penjualannya dan mahu menumpukan kepada proses pemulihan susulan kecederaan lutut.

Ozil, menyertai The Gunners pada 2013 ketika di bawah kendalian Arsene Wenger dengan yuran perpindahan £42.5 juta dari Real Madrid.


Pengarang :