PBTSELANGOR

SAOW kembali di Aeon Big Bukit Rimau

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 2 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) kepada umum, pada 5 Januari ini, di tempat letak kereta Pasaraya AEON Big Bukit Rimau, Seksyen 32, di sini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, waktu operasinya akan bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

“Perkhidmatan SAOW ini adalah platform yang disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Malah, ia turut menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan serta pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan juga jualan kupon parkir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

MBSA turut berharap pihaknya dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan terbabit untuk manfaat masyarakat.


Pengarang :