Brent meningkat ke paras tertinggi AS$66.78 setong | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Brent meningkat ke paras tertinggi AS$66.78 setong

SINGAPURA, 18 FEB: Harga minyak meningkat hari ini ke paras tertinggi sejak November tahun lalu, disokong langkah pemotongan bekalan yang diterajui OPEC, selain sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran dan Venezuela.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) melonjak ke paras AS$56 setong untuk kali pertama tahun ini.

Ia mencecah AS$56.13 setong sebelum susut sedikit kepada AS$56.02 setong pada 0112 GMT, namun masih tinggi 0.8 peratus daripada penutup terakhirnya.


Niaga hadapan minyak mentah Brent mencecah paras tinggi AS$66.78 setong sebelum menyusut kepada AS$66.65 setong, naik 0.6 peratus daripada penutup terakhirnya.

Kedua-dua penanda aras, masing-masing berada pada paras tertingginya sejak 20 November 2018.

Tahun lalu, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), termasuk negara bukan ahli seperti Russia bersetuju untuk mengurangkan bekalan sebanyak 1.2 juta tong sehari (bpd) bagi menangani bekalan tidak terjual daripada lebihan bekalan.

Peningkatan harga minyak mentah lebih tinggi turut disebabkan sekatan AS ke atas pengeksport minyak dan ahli OPEC iaitu Iran dan Venezuela.

Peniaga berkata, pasaran kewangan termasuk niaga hadapan minyak mentah secara umumnya disokong oleh harapan bahawa AS dan China akan menyelesaikan krisis perdagangan tidak lama lagi yang mana isu itu mengheret pertumbuhan ekonomi global.

*Sumber: BHOnline/Reuters

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next