PBTSELANGOR

MBSA juara Kejohanan Bola Tampar YAB Perdana Menteri Ke-7

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 18 FEB: Pasukan Bola Tampar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merangkul gelaran juara pada Kejohanan Bola Tampar Piala Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Ketujuh, di Dewan Bola Tampar Seksyen 4, di sini, baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, kejohanan anjuran Persatuan Bola Tampar Selangor dengan kerjasama Kelab Rekreasi MBSA itu mempertandingkan dua kategori iaitu kategori Silver dan Gold.

“Pasukan Bola Tampar MBSA menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila berjaya meraih juara bagi kategori Silver dengan menewaskan pasukan WTD VD dan tempat ketiga dimenangi United VC serta Last Minute VC.

“Kita juga turut menjadi juara bagi Kategori Gold dengan menewaskan pasukan Takiyaki dan tempat ketiga dimenangi United VC serta Dolkau,” katanya.

Terdahulu, kemenangan itu melayakkan MBSA membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 berserta piala pusingan dan piala iringan bagi kategori Gold.

Manakala, hadiah wang tunai RM3,000 berserta piala pusingan dan piala iringan bagi kategori Gold.

Hadiah disampaikan Timbalan Presiden Bola Tampar Selangor, Dato’ Hong Yee Keong.

Pada masa sama, Shahrin berkata, kejayaan itu adalah satu pencapaian membanggakan, sekali gus dapat meningkatkan imej MBSA di mata masyarakat.

“MBSA amat menggalakkan kakitangan daripada pelbagai peringkat jawatan untuk terbabit secara langsung dalam aktiviti sukan seperti ini kerana ia dapat melahirkan kakitangan yang cergas, sihat dan berdisiplin,” katanya.


Pengarang :