KUALA LUMPUR, 28 Feb — Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Almarhum Syed Putra Jamalullail berkenan bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-253 di Istana Negara hari ini. Turut berangkat Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
SELANGOR

Sultan Selangor berkenan hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-253

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 28 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-253, di Istana Negara, di sini, bermula semalam.

Baginda diiringi Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari itu dipengerusikan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat hadir buat kali pertama selepas baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, pada 31 Januari lalu.

Raja-Raja yang berangkat ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.

Mesyuarat yang bermula jam 10.30 pagi itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing, manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua Menteri.


Pengarang :