Bursa Malaysia dibuka rendah | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR, 13 MAC: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini dengan pelabur didapati meneliti perkembangan terkini mengenai Brexit, serta prestasi lemah Purata Perindustrian Dow Jones.

Pada 9.14 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.87 mata kepada 1,670.41 daripada 1,671.28 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks itu membuka 0.15 mata lebih rendah kepada 1,671.13.


Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 138 berbanding 131, manakala 218 kaunter tidak berubah, 1,417 kaunter tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 223.45 juta saham bernilai RM107.97 juta.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM9.49, PBBank dan Tenaga masing-masing turun dua sen kepada RM24.38 dan RM12.62, PCHem kurang satu sen kepada RM9.25, manakala CIMB dan IHH masing-masing naik satu sen kepada RM5.38 dan RM5.86.

Bagi saham aktif, kaunter tenaga, Velesto dan Perdana masing-masing menokok setengah sen kepada 31 sen dan 30.5 sen, TRC naik 2.5 sen kepada 59.5 sen, Dayang tidak berubah pada RM1.65, manakala PresBhd menambah dua sen kepada 58.5 sen.

Indeks FBM Emas turun 6.12 mata kepada 11,681.78, FBMT 100 kurang 6.03 mata kepada 11,530.48, FBM 70 susut 7.38 mata kepada 14,111.09 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 13.38 mata kepada 11,678.67.

Indeks FBM Ace naik 17.37 mata kepada 4,742.21.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 1.49 mata kepada 7,246.78, namun Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 17.10 mata kepada 17,399.45 dan Indeks Barangan dan Perkhidmatan Industri menambah 0.07 mata kepada 169.63. -BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next