SELANGOR

Fit Malaysia 2019 Selangor sasar 8,000 peserta

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 MAC: Fit Malaysia 2019 Selangor akan diadakan pada 23 dan 24 Mac ini di Dataran Kemerdekaan, di sini.

Jabatan Belia dan Sukan negeri dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menyasarkan seramai 8,000 menyertai program berkenaan.

Katanya, program berkenaan bertujuan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat sekali gus meningkatkan kualiti hidup dan melahirkan penduduk ke arah komuniti sihat dan cergas.

“Ia juga sebagai usaha merealisasikan 50 hingga 60 peratus pembabitan masyarakat bersukan yang menjalani gaya hidup sihat dan meningkatkan kualiti hidup di Malaysia menjelang 2020.

“Justeru, pelaksanaan program ini diharapkan dapat diterima sebagai suatu branding dan diterjemahkan melalui pelaksanaan sebagaimana yang dirancang.

“Fit Malaysia juga diharapkan dapat mencapai misi menjadikan Malaysia sebagai Negara Bersukan (Sporting Nation),” katanya.

Program yang bermula pada 8 pagi hingga 6 petang itu turut menyasarkan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) selain belia, keluarga dan kanak-kanak.

Ia dijangkan dirasmikan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sebanyak 27 aktiviti bakal dianjurkan antaranya fit warrior, cabaran jump street, soopa doopa, fun ride, fun walk, aerobik, aerobikthon, demo silambam dan skipping gathering.

Selain itu, turut diadakan PUGB Mobile dan Mobile Legends, basket ball 3 on 3, silat dan touch ragby.


Pengarang :