MB junjung kasih titah Sultan Selangor isu hina Nabi | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Norhayati Umor

MB junjung kasih titah Sultan Selangor isu hina Nabi

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 MAC: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu penghinaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Beliau berkata, titah baginda perbuatan menghina keperibadian Rasulullah SAW adalah satu tindakan jelik yang akan menjejaskan keharmonian serta perpaduan di negara ini.


“Sehubungan itu, saya menzahirkan segenap sokongan dan menjunjung kasih titah DYMM Sultan Selangor dan menggesa semua pihak menginsafi serta akur akan titah Tuanku.

“Justeru, saya mengulangi pendirian saya baru-baru ini yang mengecam sekeras-kerasnya segala bentuk penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW,” katanya dalam kenyataan.

Amirudin berkata, perbuatan itu harus dihentikan serta-merta supaya tidak mendatangkan kejadian yang tidak diingini sehingga mengugat kesentosaan negeri.

“Saya menggesa pihak berkuasa termasuklah Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam isu ini,” katanya.

Terdahulu, DYMM Sultan Selangor dukacita melihat ada pihak dari golongan bukan Islam kini secara terbuka menghina keperibadian Nabi Muhammad SAW.

Setiausaha Dewan DiRaja Selangor, Hanafisah Jais berkata, perbuatan menghina Nabi serta isu yang mencemar kesucian agama Islam sering berlaku hingga ke tahap mencabar kesabaran umat Islam.

Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam negeri turut menegaskan bahawa memelihara maruah agama dan junjungan Nabi adalah tuntutan utama dalam maqasid syariah sekali gus menjadi tanggungjawab umat Islam mempertahankannya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next