NASIONAL

Pelajar Malaysia ditemui mati di tasik London

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 26 MAC: Seorang pelajar Malaysia di Kolej Imperial, London ditemui mati di sebuah tasik Serpentine, Hyde Park semalam.

Identiti Muhammad Hafiz, 24, anak pengarang bersekutu Malay Mail Zainal Epi, dikenali melalui kad pelajarnya, lapor portal tersebut.

Allahyarham yang menuntut jurusan kimia kolej berprestij itu sejak 2015. Polis menerima panggilan telefon pada 5.51 pagi Isnin.

Zainal menerima panggilan daripada kedutaan Malaysia pada 2.30 pagi tadi. Beliau bertemu anaknya pada September lalu ketika berkunjung ke London.

“Saya akan berlepas ke sana bersama keluarga esok (Rabu). Saya tidak pasti apa yang berlaku. Saya hanya diberitahu mereka mengenal pasti identiti berdasarkan kad pelajar,” katanya.

FOTO EHSAN: MALAY MAIL


Pengarang :