PBTSELANGOR

Speaker Corner MPSJ bantu kakitangan tingkat keyakinan diri

OLEH NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 9 MAC: Program Speaker Corner @ Sembang Santai anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mampu membantu kakitangannya meningkatkan keyakinan diri.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategiknya, Azfarizal Abdul Rashid berkata, program julung kali diadakan itu adalah landasan untuk kakitangan MPSJ di setiap jabatan membuat pengucapan awam dengan menyampaikan topik semasa atau yang bersesuaian.

Katanya, program itu diadakan pada setiap Rabu minggu pertama setiap bulan dan penganjuran program akan diadakan secara bergilir mengikut jabatan.

“Program ini diadakan untuk membina keyakinan diri kakitangan melalui pengucapan awam dan perkongsian berkongsi idea serta pengalaman berkenaan topik yang disampaikan secara santai.

“Pada bulan ini, program ini diuruskan Jabatan Khidmat Pengurusan MPSJ dan seramai lima kakitangan membuat pengucapan awam.

“Antara isu yang disampaikan adalah kerohanian mencari sakinah, kebersihan diri dan persekitaran, pengurusan kubur MPSJ, tugasan Jawatankuasa Wakil Pekerja MPSJ serta maklumat berkenaan Perlindungan Insuran kakitangan MPSJ,” katanya dalam kenyataan.

Program berkenaan dirasmikan Yang DiPertuanya, Noraini Roslan.

Azfarizal berharap, program itu akan menjadi medan perkongsian ilmu pengetahuan, sekali gus meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan warga kerja MPSJ.


Pengarang :