PENDIDIKANSELANGOR

Jom ke Jelajah Pendidikan Selangor 20 April depan

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM, 13 APR: Siri kedua Jelajah Pendidikan Selangor 2019 (JPS2019) di Zon Tengah bakal berlangsung pada 20 April akan datang.

Menurut kenyataannya di Facebook, Jelajah khas untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) dan setaraf itu akan diadakan di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.

Pengisian utama program itu nanti adalah, taklimat berkaitan ‘Peluang Sambung Belajar & Hala Tuju Kerjaya’ dan penerangan dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Menurut penganjur, peserta yang hadir pada program terbabit berpeluang memohon secara terus tawaran biasiswa dan bantuan kewangan bagi melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Pameran pendidikan tinggi, temuduga terbuka kemasukan ke universiti dan ujian personaliti serta hala tuju kerjaya turut diadakan pada jelajah Sabtu nanti.

Bagi yang ingin mendaftar, boleh layari www.jelajahpendidikanselangor.com dan pendaftaran adalah percuma.

Terdahulu, JPS2019 mengadakan jelajah siri pertama di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan, Kuala Selangor bagi Zon Utara pada 7 April lalu


Pengarang :