SEREMBAN, 30 Mac — Pengerusi Majlis Penasihat PKR yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) bersama calon Pakatan Harapan (PH) Dr S. Streram (tengah) pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Rantau di Pusat Penamaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Bandar Seri Sendayan, hari ini. Turut hadir Ketua Umum PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri). –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

Kemenangan PH penting demi masa depan golongan muda – Anwar

SEREMBAN, 12 APR: Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau esok penting demi masa depan golongan muda di kawasan tersebut, kata Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, banyak projek yang menyediakan peluang pekerjaan kepada anak tempatan akan dilaksanakan sekiranya calon PH, Dr S. Streram menjadi wakil rakyat di kawasan itu.

“Ini adalah untuk faedah anak-anak kita dan generasi akan datang…Ini kamu kena fikir betul-betul masa depan golongan muda di negeri ini yang kebanyakan mereka tiada peluang pekerjaan,” katanya semasa sesi menziarahi masyarakat India di Taman Bunga Raya, Rantau, dekat sini, hari ini.

Terdahulu, Presiden PKR itu meluangkan masa lebih kurang 45 minit melawat masyarakat India di Bandar Sri Sendayan selepas program Santai Sendayan bersama masyarakat sekitar dan solat Jumaat di Masjid Kariah Linsum.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Dr Streram, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R.Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :