Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan hari ini berikutan pengambilan untung susulan kenaikan semalam, dalam keadaan kekurangan faktor penggerak pasaran.

Pada 9.06 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.1110/1150 berbanding dolar AS daripada 4.1080/1110 yang dicatatkan ketika ditutup pada Isnin.

Peniaga berkata minat pelabur beralih kepada dolar AS memandangkan pasaran tempatan mengalami kekurangan petunjuk baharu.


“Ini terutama setelah menimbang bahawa hasil AS bagi penanda aras nota Perbendaharaan bertempoh 10 tahun merekodkan prestasi stabil pada 2.5 peratus manakala bon Perbendaharaan bertempoh matang 30 tahun sedikit berubah kepada 2.9 peratus,” katanya.

Sementara itu, ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0387/0425 daripada 3.0378/0405 semalam dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.6709/6754 daripada 3.6698/6728.

Ringgit rendah berbanding pound Britain kepada 5.3850/3907 daripada 5.3815/3866 pada Isnin dan turun berbanding euro kepada 4.6475/6532 daripada 4.6470/ 5520. -BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next