Tips yang perlu kita tahu sebelum beli baldi | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Nazli Ibrahim

Tips yang perlu kita tahu sebelum beli baldi

OLEH NAZLI IBRAHIM

Sebaik sahaja Syarikat Air Selangor mengumumkan gangguan bekalan air pada 24 April hingga 27 April ini, orang ramai mula berpusu-pusu membeli pelbagai bekas untuk menyimpan air.

Biasanya bekas simpanan air yang paling popular sudah tentu baldi dan juga tong plastik putih berpenutup.


Lazimnya, ramai antara kita menganggap membeli bekas simpanan air sebagai satu perkara ringan yang tidak memerlukan pengetahuan, asalkan boleh menyimpan air.

Bagaimanapun hakikatnya, berapa ramaikah di antara kita yang mengetahui bahawa setiap produk plastik termasuk bekas simpanan air sebenarnya mempunyai gred dan fungsinya tersendiri?

SelangorKini sempat bertemu Penyelia My DIY Home Depot Sdn Bhd, Marziana Hasani untuk berkongsi pengetahuan tentang tips untuk memilih bekas penyimpanan air.

Menurut Marziana, tips terpenting sekali para pembeli hendaklah ringan mulut untuk bertanya kepada penjual untuk menggelakkan tersalah guna.

Pastikan bekas selamat untuk air minuman 

Katanya, ini kerana terdapat bekas simpanan air seperti baldi yang hanya sesuai untuk kegunaan harian seperti membasuh, menyiram pokok atau seumpamanya sahaja dan bukan untuk kegunaan memasak atau air minuman.

“Kalau baldi atau tong untuk menyimpan air minuman sebaiknya gunakan bekas air baru yang belum dikitar semula kerana bahan kitar semula mengandungi pelbagai bahan kimia yang mampu berereksi terhadap suhu dan lain-lain keadaan sekaligus memberi kesan kepada kesihatan untuk jangka masa panjang.

“Bagaimanapun sekiranya membeli bekas menyimpan air produk yang dikitar semula, pastikan hanya kod bernombor 1 atau 2 sahaja yang tertera di bahagian bawah,” katanya kepada SelangorKini.

Selain itu, terdapat juga botol plastik menggunakan kod 1 yang hanya boleh digunakan sekali sahaja seperti botol minuman air mineral yang lebih lembut.

Sementara bagi produk plastik menggunakan kod 3,4 dan 5 (gunakan dengan berhati-hati) serta 6 dan 7 (perlu dielakkan) di mana hanya sesuai digunakan untuk kegunaan lain, bukannya menyimpan makanan atau air minuman.

Jenis kediaman

Selain perlu memerhatikan kod kitar semula, pembeli juga dinasihatkan mengambil kira jenis kediaman masing-masing.

Bagi penduduk rumah bertingkat lebih sesuai menggunakan bekas berpenutup bagi memudahkan proses mengambil bekalan air disediakan pihak bertanggungjawab.

“Terutamanya sekiranya tinggal di tingkat atas apabila menggunakan baldi biasa tentu sukar nak bawa naik atas.

“Semasa tadah air penuh tetapi bila sampai rumah dah tinggal separuh kerana banyak tumpah ketika naik tangga,” katanya.

Manfaatkan bekas simpanan air setiap masa 

Orang ramai juga dinasihatkan supaya memanfaatkan bekas air yang dibeli setiap masa dan bukannya semasa ketiadaan bekalan air sahaja.

Antaranya dengan menjadikan baldi sebagai bekas tadahan hujan sebagai sumber air untuk menyiram pokok, membasuh lantai dan lain-lain.

Ketika menyentuh harga bekas simpanan air yang ditawarkan My DIY Home Depot Sdn Bhd, Marziana memberitahu syarikatnya bukan sahaja mengekalkan harga biasa, malah menawarkan potongan harga terhadap beberapa bekas menyimpan air di sebabkan persaingan peniaga lain.

“Harga tak naik tetapi bergantung kepada gred baldi, malah kami ada beri potongan harga.

“Jualan bekas simpanan air meningkat dua kali ganda hingga kami terpaksa menempah lebih 2,000 unit untuk semalam sahaja, tidak termasuk sebelumnya dan hari ini akan ada lagi penghantaran terakhir dari pembekal kerana pembekal juga perlu mengagihkan ke tempat lain juga,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next