EKONOMINASIONAL

Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari

KUALA LUMPUR, 28 MEI: Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari ini, menjejaki pulangan sederhana yang dicatatkan pasaran global.

Setakat 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kekal tinggi dengan menokok 8.44 mata kepada 1,609.79 selepas naik 2.91 mata kepada 1,604.26 sewaktu dagangan dibuka.

Indeks itu ditutup 3.03 mata lebih tinggi kepada 1,601.35, semalam.

Kaunter rugi mengatasi untung iaitu 372 berbanding 326 manakala 295 kaunter tidak berubah, 949 tidak didagangkan dan 24 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 786.81 juta unit bernilai RM495.84 juta.

Di peringkat serantau, indeks Nikkei Jepun naik 0.38 peratus kepada 21,264.03, Hang Seng di Hong Kong menokok 0.49 peratus kepada 27,422.98 namun Indeks Straits Times Singapura susut 0.19 peratus kepada 3,164.43.

Saham wajaran tinggi Sime Darby Plantations dan TNB masing-masing menambah 12 sen kepada RM4.83 dan RM11.48, Public Bank untung 16 sen kepada RM22.94 manakala IHH naik 11 sen kepada RM6.41.

Bagi saham aktif, Ekovest naik dua sen kepada 74 sen, KNM meningkat setengah sen kepada 19.5 sen manakala Scomi sebaliknya susut dua sen kepada 5.5 sen dan Vortex turun 5.5 sen kepada 19.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 66.79 mata kepada 11,281.12, Indeks FBMT 100 menokok 66.43 mata kepada 11,136.93 dan FBM 70 melonjak 114.73 mata kepada 13,731.15.

Indeks FBM Emas Shariah turut menambah 80.10 mata kepada 11,393.93 dan FBM ACE turun 3.67 mata kepada 4,254.63.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 43.73 mata kepada 16,647.53, Indeks Perladangan meningkat 46.33 mata pada 6,918.30 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri susut 0.39 mata kepada 160.30. – BERNAMA


Pengarang :