EKONOMINASIONAL

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 24 MEI: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dijangka sebanyak RM23.89 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.06 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan mengeluarkan dua tender pasaran wang konvensional RM1 bilion, masing-masing untuk tujuh hari dan 14 hari, tender repo berbalik RM400 juta untuk 31 hari dan Bil Antara Bank Bank Negara – Islam RM500 juta untuk 30 hari.

Bank akan turut mengeluarkan empat tender Qard terdiri daripada RM1.4 bilion untuk tujuh hari, RM1.5 bilion untuk 14 hari, RM300 juta untuk 21 hari dan RM800 juta untuk 31 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM22.3 bilion dan tender semalaman Murabahah RM13.0 bilion. – BERNAMA


Pengarang :