Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
SELANGOR

SAOW di Plaza Shah Alam Sabtu ini

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 13 MEI: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Plaza Shah Alam, Seksyen 9, di sini, pada 18 Mei ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, waktu pengoperasian pejabat bergerak itu bermula dari 11 pagi hingga 3 petang.

“Perkhidmatan SAOW ini adalah medium yang disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta dan kaunter aduan,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, melalui perkhidmatan berkenaan, pihaknya berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.


Pengarang :