Tiga letupan gegar selatan Filipina menjelang pilihan raya | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

Tiga letupan gegar selatan Filipina menjelang pilihan raya

MANILA, 13 MEI: Sekurang-kurangnya tiga letupan bom mengegarkan bandar Cotabato dan Maguindanao di selatan Filipina, beberapa jam sebelum berlangsungnya pilihan raya pertengahan penggal, lapor agensi berita Xinhua.

Pegawai Polis Cotabato, Leftenan Teofisto Ferrer berkata, letupan pertama berlaku kira-kira pukul 10.15 malam Ahad (waktu tempatan) di luar kompleks Dewan Bandaraya Cotabato.

Ferrer berkata suspek yang membaling bom mortar itu masih belum dikenal pasti.


Letupan kedua berlaku kira-kira pukul 1 pagi pada Isnin di sebuah dewan perbandaran di Datu Odin Sinsuat di wilayah Maguindanao.

Kejadian ketiga berlaku beberapa jam kemudian di pekan Datu Odin Sinsuat, Maguindanao kira-kira 7.20 pagi, menurut Ketua Umum Angkatan Tentera Filipina Noel Detoyato.

Tiada sebarang kematian atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

Lebih 60 juta pengundi di seluruh negara akan mengundi pada Isnin bagi memilih senator baharu, anggota Dewan Rakyat dan pegawai tempatan.

SUMBER: BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next