EKONOMINASIONAL

Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi

KUALA LUMPUR, 3 JUN: Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi, diheret turun oleh sentimen pasaran yang lemah, dengan hampir kesemua kaunter berkaitan indeks mencatat kerugian, diketuai Axiata dan Digi.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.58 mata kepada 1,646.18, berbanding 1,650.76 pada 5 petang Jumaat lepas.

Indeks utama bergerak antara 1,642.66 dan 1,649.93 di sepanjang urus niaga.

Aixata susut 12 sen kepada RM4.57, manakala Digi turun 11 sen kepada RM4.86. Prestasi kedua-dua saham ini mengheret turun indeks komposit sebanyak 3.405 mata.

Kedudukan pasaran masih lemah dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 531 berbanding 162, manakala 348 kaunter tidak berubah, 857 tidak diniagakan dan 69 yang llain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.27 bilion unit bernilai RM1.12 bilion.

Sentimen terjejas ekoran kebimbangan terhadap perdagangan global berikutan ancaman Amerika Syarikat untuk mengenakan tarif ke atas Mexico.

Di bursa serantau, Indeks Straits Times Singapura merosot 0.19 peratus kepada 3,111.89, Nikkei Jepun turun 1.3 peratus kepada 20,333.39 manakala Hang Seng Hong Kong merosot 0.3 peratus kepada 26,804.21.

Antara saham wajaran tinggi lain, Maybank susut dua sen kepada RM9.00, Public Bank turun empat sen kepada RM23.56, CIMB susut satu sen kepada RM5.26, manakala Tenaga dan Petronas Chemicals masing-masing tidak berubah pada RM12.70 dan RM8.32.

Bagi saham aktif, Hibiscus Petroleum susut 4.5 sen, Lambo dan Sapura Energy masing-masing merosot setengah sen kepada 5.5 sen dan 2.9 sen manakala Bumi Armada tidak berubah pada 20 sen.

Indeks FBM Emas turun 57.22 mata kepada 11,531.15, Indeks FBMT 100 merosot 53.37 mata kepada 11,397.13, Indeks FBM Emas Shariah turun 79.85 mata kepada 11,715.91 manakala FBM 70 susut 137.22 mata kepada 13,184.15 dan FBM Ace turun 62.42 mata kepada 4,237.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 39.3 mata kepada 16,809.73, Indeks Perladangan merosot 9.07 mata kepada 6,913.79 manakala Indeks Produk & Perkhidmatan Industri turun 0.69 mata kepada 159.36. – BERNAMA


Pengarang :