BERITA UTAMA

Enam anggota polis ditahan SPRM

KUALA LUMPUR, 20 JULAI: Enam anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendatang tanpa izin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Azman Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan penahanan anggota polis terbabit.

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lalu bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut butiran berkenaan kes itu.

-BERNAMA


Pengarang :