AGENDAJENAYAH

Anggota polis mabuk lepaskan tembakan ditahan

KUALA LUMPUR, 4 OGOS : Seorang anggota polis berpangkat koperal ditahan setelah melepaskan tembakan di luar sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak di sini, hari ini.

Menurut sumber, anggota berusia 33 tahun itu yang dipercayai mabuk melepaskan tembakan ke udara kerana cuba meleraikan pergaduhan antara rakan wanitanya dengan beberapa individu kira-kira 5.25 pagi.

“Tiada kecederaan dilaporkan akibat tembakan yang dilepaskan dalam insiden itu dan anggota itu kemudian ditahan oleh pegawal keselamatan pusat hiburan,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek kini direman selama dua hari untuk siasatan lanjut. -BERNAMA


Pengarang :