Selangorkini
AGENDA NASIONAL

Bacaan IPU di Sri Aman, ILP Miri dan SK Baram di tahap sederhana

KUCHING, 19 OGOS: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, Kuala Baram dan SK Baram setakat pukul 4 petang ini berada pada tahap sederhana dengan bacaan 92, 96 dan 72.

Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU Miri, Kuching, Samarahan, Sarikei, Sibu, Samalaju dan Bintulu juga menunjukkan bacaan di tahap sederhana dengan bacaan masing-masing 57, 56, 55, 53, 57, 55 dan 57.

Seterusnya IPU di Mukah, Kapit dan Limbang berada pada tahap baik dengan bacaan 49, 42 dan 37.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya.

Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.

– BERNAMA


Pengarang :