AGENDAGLOBAL

Banjir kilat ragut 46 nyawa di Sudan

KHARTOUM, 16 OGOS: Banjir kilat akibat hujan lebat telah meragut sekurang-kurangnya 46 nyawa di seluruh Sudan dalam tempoh dua minggu lepas, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan seorang pegawai kesihatan.

Penolong Setiausaha Kementerian Kesihatan Suleiman Abdel Jabbar berkata, hujan dan banjir telah menjejaskan 16 daripada 18 negeri di Sudan.

Kira-kira 9,260 kediaman telah terjejas dan 595 daripada jumlah itu runtuh sepenuhnya, kata beliau.

– BERNAMA


Pengarang :