Masdiana Muhamad (kiri) bergambar bersama Pengarah Note Cosmetics, Siti R Habib (tengah) ketika Majlis Pelancaran Kiosk Kosmetik Note di Setia City Mall, Setia Alam hari ini. – Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
SELANGOR

Jurusolek profesional tulang belakang produk kosmetik

SHAH ALAM, 16 OGOS: Kerjaya sebagai jurusolek profesional mungkin kurang mendapat perhatian masyarakat sebelum ini, namun siapa sangka ia boleh menjana pendapatan lumayan.

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor, Masdiana Muhamad berkata, beliau memuji kerjaya jurusolek yang tidak kurang hebatnya kerana mampu merubah raut wajah seseorang.

Katanya, jurusolek profesional juga menjadi tulang belakang di sebalik sesebuah jenama kosmetik.

“Solekan diwujudkan bagi memberi kesempurnaan atau kecantikan kepada seseorang, malah dengan satu calitan sahaja seperti memakai gincu, ia mampu menghasilkan perwatakan menarik pada wajah.

“Solekan juga adalah perkara asas bagi kecantikan serta menjadi satu kelengkapan harian wanita.

“Oleh itu, jurusolek profesional antara yang bertanggungjawab dalam merubah imej dan rupa seseorang yang mendapatkan perkhidmatannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Kiosk Komestik Note di Setia City Mall, di sini hari ini.

Pada masa sama, Masdiana berkata, kosmetik Note menjadi antara pilihannya sejak mula berjinak-jinak dalam dunia solekan.

“Saya amat yakin jenama ini menghasilkan produk khas buat wanita yang ingin mempunyai versi terbaik mereka kerana Note sentiasa memperkukuhkan produk solekan dengan teknologi penjagaan kulit selain menghasilkan produk baharu.

“Bukan itu sahaja, jenama Note juga antara produk halal dan bebas sebarang bahan terlarang serta disahkan farmaseutikal,” katanya.

Kosmetik bertaraf antarabangsa itu sudah sekian lama bertapak di Singapura dan kini memiliki empat cawangan di Malaysia antaranya di Isetan (1Utama); Isetan (The Garden) dan Parkson (IOI Putrajaya).


Pengarang :