Seorang pendatang melihat laut dari meja kapal penyelamat ‘Viking Laut’ yang dikendalikan oleh NGO Perancis SOS Mediterranee dan Medecins sans Frontierses (MSF) semasa operasi di Laut Mediterranean pada 12 Ogos, 2019. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

UNHCR gesa EU ambil migran terkandas di Mediterranean

ANKARA, 14 OGOS: Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) pada Selasa menggesa negara-negara Eropah mengambil sejumlah 507 migran yang telah diselamatkan namun kini terkandas di Laut Mediterranean, lapor agensi berita Turki Anadolu.

“Kebanyakannya dilaporkan adalah mereka yang terselamat daripada penganiayaan di Libya dan negara asal mereka. Mereka memerlukan bantuan kemanusiaan dan sesetengahnya telah melahirkan hasrat untuk mendapatkan perlindungan antarabangsa,” menurut UNHCR dalam satu kenyataan.

UNHCR turut menggesa pemimpin Eropah menterjemah sentimen yang ditunjukkan selepas insiden kapal karam terbesar di Mediterranean pada 2019 yang meragut 150 nyawa kepada solidariti bermakna bermula dengan mereka yang melarikan diri dari Libya.

Sejumlah 39,289 migran tidak teratur dan pelarian tiba di Eropah melalui laut sejak awal 2019 manakala seramai 840 lagi maut di laut, menurut Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi IOM).

Lebih 30,500 migran maut antara 2014 dan 2018 ketika menempuh perjalanan sukar ke Eropah, dedah angka IOM pada Januari.

-BERNAMA


Pengarang :