Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, António Guterres (kiri) berjabat tangan dengan Menteri Hal Ehwal Luar China, Wang Yi, di perhimpunan PBB di New York pada 26 September 2019. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

China komited elak konfrontasi dengan AS

NEW YORK, 28 SEPT: Menteri Luar China, Wang Yi berkata, negaranya komited mengelak pertikaian, tidak mencetuskan konfrontasi, saling menghormati dan situasi menang-menang dengan Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Xinhua.

Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan bekas Setiausaha Negara AS, Henry Kissinger pada Jumaat.

Menurut Wang, hubungan kedua-dua negara sekali lagi berada di persimpangan.

Situasi berkenaan berbahaya bagi sesetengah orang di AS yang melihat China sebagai lawan mereka dan berusaha untuk mengelak sebarang urusan dengan pihak dari negara tembok besar itu.

China berharap AS akan mematuhi konsep keharmonian sejati dan bekerjasama dengan China untuk mengatasi perbezaan berdasarkan hormat-menghormati dan saling menguntungkan.

– BERNAMA


Pengarang :