Keadaan jerebu di Klang yang dirakam baru-baru ini. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jerebu di Selangor, KL, Melaka tidak sihat

SHAH ALAM, 9 SEPT: Hampir semua daerah di Selangor dan Melaka mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan melebihi 100.

Semua kawasan di Negeri Sembilan menunjukkan bacaan tidak sihat.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU pada pukul 2 petang tadi, semua bacaan menunjukkan tidak sihat kecuali Kuala Selangor yang mencatatkan tahap sederhana iaitu 93.

Johan Setia mencatatkan IPU tidak sihat dengan bacaan 162, diikuti Petaling Jaya (149), Shah Alam (140), Klang (118) dan Banting (123).

Di Kuala Lumpur, bacaan IPU di Batu Muda juga tidak sihat (169) dan Cheras (160), manakala Putrajaya pula 144.

Melaka juga mencatatkan kualiti udara tidak sihat kecuali di Bandar Melaka (98). Bacaan IPU di Alor Gajah merekodkan 101, Bukit Rambai (102).

Di Negeri Sembilan, IPU tidak sihat dicatatkan di Nilai (153), Seremban (122) dan Port Dickson (105).

Bagaimanapun, di Pahang hanya daerah Rompin mencatatkan IPU tidak sihat iaitu 196, begitu juga Johor hanya melibatkan Tangkak dengan bacaan IPU 114.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

 


Pengarang :