SELANGOR

Hujan dan ribut petir hingga Isnin depan di Selangor

SHAH ALAM, 22 OKT: Selangor diramal mengalami cuaca hujan dan ribut petir secara berterusan sehingga Isnin depan (28 Oktober).

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) melalui laman webnya melaporkan, keadaan itu dijangkakan berlaku di Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Gombak.

Kawasan lain ialah Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan juga Sabak Bernam.

Pada 15 Oktober lalu, Unit Pengurusan Bencana Selangor melaporkan sembilan daerah di Selangor dijangkakan berisiko mengalami kejadian banjir kilat ekoran kadar taburan hujan direkodkan agak tinggi sehingga akhir tahun ini.

Laporan itu berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia Selangor meramalkan purata hujan bagi bulan Oktober adalah diantara 240 hingga 360 milimeter (mm), November (250-370mm) dan Disember (200-300mm).

Jangkaan hujan bulanan yang tinggi ini akan menyebabkan kejadian banjir dan banjir kilat.

Kerajaan Selangor turut menasihatkan penduduk di kawasan yang dikenalpasti berisiko untuk
mengambil langkah-langkah persediaan dan mematuhi arahan pihak berkuasa keselamatan dari masa ke semasa.


Pengarang :