AGENDANASIONAL

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

KUALA LUMPUR, 2 OKT: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan lebihan daripada sistem kewangan.

Lebihan hari ini diunjurkan berjumlah RM35.06 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.31 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan tender pasaran wang lelongan matang pelbagai bernilai RM8 bilion bagi dua hari hingga 33 hari serta tender Qard lelongan matang pelbagai Islam bernilai RM3.1 bilion bagi tujuh hari hingga 33 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM27.1 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM14.2 bilion.

– BERNAMA


Pengarang :