PBTSELANGOR

MBSA anjur lelongan awam 7 November ini

OLEH ALIFF HAIKAL

SHAH ALAM, 6 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan lelongan awam di perkarangan Kaunter Utama Wisma MBSA, di sini pada 7 November ini bermula jam 8.30 pagi.

MBSA dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, barangan yang dilelong itu adalah barang sitaan yang tidak dituntut pemilik premis sejak 2014.

“Barangan mudah alih itu disita dari premis seperti kilang, restoran dan hotel atas kegagalan menjelaskan cukai taksiran.

“Antara barang yang akan dilelong ialah mesin pencetak, televisyen, mesin fotostat, pemanggang, set komputer, kipas angin, dan pembesar suara,” katanya.


Pengarang :