Yang Dipertua PEKAWANIS, Masdiana Muhamad bersama penyumbang kepada pelarian Syria pada majlis Hi-Tea Amal `Ikhlas Dari Hati’ di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar di Shah Alam pada 7 Disember 2019.
AGENSISELANGOR

PEKAWANIS raih RM104,150 buat pelarian Syria

SHAH ALAM, 7 DIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) meraih RM104,150 menerusi majlis Minum Petang Amal `Ikhlas Dari Hati’ bagi membantu pelarian Syria yang ketika ini berdepan musim sejuk melampau.

Yang Dipertuanya, Masdiana Muhamad berkata, hasil sumbangan itu pihaknya menerusi kerjasama Syria Care akan menyalurkan bantuan tersebut buat pelarian Syria.

Katanya, jumlah dana yang diperoleh melebihi sasaran kerana ramai yang cakna dan mahu turut sama membantu meringankan pelarian Syria.

Yang Dipertua PEKAWANIS, Masdiana Muhamad pada majlis Hi-Tea Amal `Ikhlas Dari Hati’ di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar,Shah Alam pada 7 Disember 2019.

“Alhamdulillah syukur ramai yang memberi sumbangan dan cakna berkenaan hal ini dan ia juga seiring dengan kempen Bantuan Musim Sejuk 7.0 yang sedang dilaksanakan Syria Care,” kata Masdiana, isteri kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Katanya, wang sumbangan itu diharapkan dapat dimanfaatkan buat mereka membeli barang keperluan pada musim sejuk seperti alat pemanas iaitu kayu api, diesel dan briket zaitun.

“Wang sumbangan itu juga mungkin boleh diguna untuk membeli bekalan pek makanan atau lain-lain yang menjadi keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis Hi-Tea Amal `Ikhlas Dari Hati’ di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, di sini, hari ini.

Masdiana berkata, beliau difahamkan suhu semakin menurun di utara Syria ketika ini iaitu mencecah 5 darjah celcius.

“Penyumbang pada hari ini masyarakat setempat terutamanya mereka dari Selangor,” katanya.


Pengarang :