EXCOSELANGOR

Bas Smart Selangor: Caj warga asing RM1 bukan diskriminasi

SUBANG JAYA, 20 JAN: Caj RM1 kepada warga asing mengguna perkhidmatan Bas Smart Selangor bukan diskriminasi, sebaliknya ia untuk memberi keutamaan kepada warganegara yang membayar cukai, kata Ng Sze Han.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru berkata sama seperti sekolah atau hospital kerajaan, warga asing perlu bayar caj perkhidmatan lebih tinggi berbanding warganegara.

“Warganegara membayar cukai dan sebab itu kita harus bersikap adil kepada mereka,” katanya.

Ng Sze Han menyampaikan ucapan pada Taklimat Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran Majlis Perbandaran Subang Jaya berlangsung di USJ 7, Subang Jaya pada 20 Januari 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian pada Taklimat Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran di Dewan Serbanguna USJ 7 di sini hari ini.

Katanya, sistem sesentuh Bas Smart Selangor dijangka beroperasi pada pertengahan tahun ini.

“Selain penggunaan kad pengenalan, kita juga sedang mengkaji mekanisme terbaik lain boleh digunakan pelajar menaiki bas percuma ini,” katanya.


Pengarang :