BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Selangor berjaya halang pencemaran sumber air

SHAH ALAM, 17 JAN: Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) berjaya menghalang pencemaran di kawasan tadahan air sejak penghujung tahun lalu sehingga kini.

EXCO Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata Luas sebelum ini telah menemui sisa industri berdekatan Lembangan Sungai Selangor dan kesan tumpahan minyak sawit di Sungai Semenyih.

Kedua-dua insiden itu berjaya ditangani tanpa mengakibatkan mana-mana LRA dihenti tugas.

“Di Bukit Sentosa, Rawang, Luas menemui buih dari sisa industri berdekatan Lembangan Sungai Selangor.

“Kita terus menghalang perkara ini bagi mengelakkan loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor henti tugas melibat LRA SSP1, SSP 2 dan Rantau Panjang.

“Kedua, kita juga dapat kesan tumpahan minyak sawit hanya 2KM dari ‘intake’ Sungai Semenyih. Perkara ini juga dapat dikawal,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Negeri hari ini.

Sebanyak 45 kompaun dikeluarkan JAS negeri selepas memeriksa 139 premis industri di Bukit Mahkota, Bangi, Kajang dan Nilai manakala 22 notis arahan turut dikeluarkan sementara satu premis di sita.

 


Pengarang :