Gempa bumi dilaporkan berlaku di utara Sumatera, Indonesia pada 1 Mac 2022.
AGENDANASIONAL

Gempa bumi kuat, gegaran turut dirasai di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 7 JAN: Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter mengguncang utara Sumatera, Indonesia pada 2.05 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 67 kilometer (km) tenggara dari Simeulue, Indonesia pada kedalaman 37km.

Kenyataan itu menyebut gegaran turut dirasai sekitar Pulau Pinang, namun ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA


Pengarang :