Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ditemu bual pemberita selepas melawat Kento Momota dan tiga yang lain di Hospital Putrajaya. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Kento Momota, tiga lagi stabil – Syed Saddiq

SHAH ALAM, 13 JAN: Pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota stabil selepas terbabit kemalangan Kilometer 13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) awal pagi tadi.

Menteri belia dan sukan berkata tiga lagi mangsa Pegawai Teknikal Persekutuan Badminton Dunia (BWF), William Thomas, 30, dari England; pembantu jurulatih Jepun, Hirayama Yu, 35; dan Pegawai Fisioterapi Jepun, Morimoto Akifumi, 42 juga disahkan stabil, lapor Berita Harian.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, pihaknya memandang serius insiden terbabit dan akan memastikan mereka menerima rawatan terbaik.

“Kita menafikan Momota berada dalam keadaan kritikal seperti dilaporkan sesetengah pihak. Sebaliknya, semua mangsa berada dalam keadaan stabil,” katanya selepas melawat mangsa di Hospital Putrajaya.


Pengarang :