Hee Loy Sian menyarungkan topi keledar baharu kepada penunggang motosikal selepas perasmian Majlis Pelancaran Program Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Selangor di Plaza Tol Sungai Balak, Kajang pada 20 Januari 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Terap prinsip ‘Waspada Budaya Kita’ elak kemalangan

KAJANG, 20 JAN: Pengguna jalan raya dinasihat menerapkan prinsip ‘Waspada Budaya Kita’ dalam pemanduan bagi mengurangkan kemalangan khususnya pada musim perayaan, kata EXCO hal ehwal pengguna.

Hee Loy Sian berkata sebanyak 567,516 kes kemalangan direkodkan tahun lalu dengan 6,167 kematian membabitkan jalan persekutuan, bandaran serta luar bandar.

‘Saya berharap polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan memberi tumpuan terhadap operasi di semua laluan ini. Kerjasama antara Kerajaan Negeri, Majlis Kerajaan Tempatan dan agensi penguat kuasa peringkat negeri perlu dipertingkatkan bagi memastikan jumlah kemalangan dapat dikurangkan,” katanya.

Hee Loy Sian menyantuni pengguna lebuhraya selepas perasmian Majlis Pelancaran Program Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Selangor di Plaza Tol Sungai Balak, Kajang pada 20 Januari 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya dan Op Bersepadu sempena Tahun Baharu Cina peringkat negeri di Plaza Tol Sungai Balak di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata faktor kecuaian dan tidak bertoleransi antara penyumbang terbesar kes kemalangan jalan raya.

Beliau berkata kadar kemalangan di Lebuhraya Cheras-Kajang bagi Op Selamat Tahun Baharu Cina mencatatkan peningkatan 17 peratus iaitu 645 kes tahun lalu berbanding 550 kes pada tahun sebelumnya.

“Peraturan dan undang-undang menjamin keselamatan tetapi kedegilan manusia penyumbang kepada kes kemalangan,” katanya.


Pengarang :