Ir Izham Hashim melakukan gimik perasmian bersama tetamu jemputan pada Majlis Graduasi Sekolah Ladang Petani di Dewan Dato’ Penggawa Permatang, Kuala Selangor pada 11 Februari 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Padi: Tanam dua kali lebih baik jika hasil tinggi

KUALA SELANGOR, 11 FEB: Faktor benih padi dan kawalan penyakit perlu dikaji sepenuhnya jika cadangan penanaman empat kali setahun ingin dilakukan, kata EXCO pertanian.

Ir Izham Hashim berkata keadaan tanah sedia ada belum mampu untuk melaksanakan cadangan berkenaan, justeru tumpuan diberikan kepada kitaran tanaman yang rendah tetapi lumayan.

“Jika kita tanam dua kali tetapi hasil lebih tinggi, itu lebih baik daripada (tanam) empat kali tetapi hasil rendah. Semua faktor perlu diambil kira sebelum menyusun dan melaksanakan program pertanian di Selangor,” katanya selepas Majlis Graduasi Sekolah Ladang Petani di Dewan Dato’ Penggawa Permatang, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan memperkenalkan program pertanian pintar di Kedah bagi membolehkan sawah diusahakan empat kali setahun, sekali gus membantu meningkatkan hasil padi negara.


Pengarang :