PBTSELANGOR

SAOW di Aeon Shah Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 12 FEB: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) akan beroperasi di pekarangan tempat letak kereta AEON Mall Shah Alam, Seksyen 13 di sini Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam, Shahrin Ahmad berkata SAOW itu akan beroperasi bermula jam 11 pagi hingga 5 petang.

“Perkhidmatan ini memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Ia akan menyediakan kemudahan semakan dan pembayaran cukai taksiran, pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan.


Pengarang :