Dr G Gurnaraj bergambar bersama media pada majlis santai minum petang di Best Western Hotel, Shah Alam pada 23 Februari 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Sasar satu rumah satu tong sampah di DUN Sentosa

SHAH ALAM, 23 FEB: Setiap rumah di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa perlu dibekalkan tong sampah bagi mengelakkan taburan sisa di jalan raya, kata ahli dewan negerinya (ADN).

Dr G Gunaraj berkata ketika ini penduduk terpaksa menggantung beg plastik sampah di hadapan pintu pagar yang akhirnya menyebabkan lambakan.

“Saya sudah bertemu dengan Majlis Perbandaran Klang supaya setiap rumah yang membayar cukai tahun ini dibekalkan tong sampah seperti dilaksanakan pihak berkuasa tempatan lain,” katanya ketika Majlis Minum Petang ADN Sentosa bersama media di Kafe The View i-City di sini, hari ini.

Sementara itu, Gunaraj berkata media cetak masih memainkan peranan penting dalam kalangan masyarakat walaupun media sosial semakin berkembang pesat.

“Media (cetak) inilah yang menyampaikan dasar kerajaan dengan lebih tepat dan pantas, malah fakta yang dibekalkan juga lebih dipercayai berbanding media sosial,” katanya.

 


Pengarang :