DUN Sungai Tua memberi sumbangan kepada warga Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak yang terlibat dalam penugasan Perintah Kawalan Pergerakan pada 24 Mac 2020. Foto Twitter Amirudin Shari
ADNSELANGOR

DUN Sungai Tua sumbang makanan buat polis IPD Gombak

SHAH ALAM, 24 MAC: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua menyumbang makanan dan minuman kepada anggota polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gombak hari ini yang bertugas pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu dikongsikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua menerusi ciapan Twitter sebentar tadi.

“Hari ini juga pasukan DUN Sungai Tua telah menyerahkan sumbangan makanan dan minuman kepada para pegawai polis di IPD Gombak.

“Terima kasih diucapkan kepada pasukan polis yang bertungkus-lumus menjaga keamanan dan keselamatan di waktu PKP ini,” tulisnya.


Pengarang :