Paparan skrin menujukkan antara aplikasi media sosial popular yang digunakan oleh rakyat Malaysia. Foto ARKIB SELANGORKINI
SELANGOR

MB: Henti sebar mesej kurang pasti, palsu Covid-19

SHAH ALAM, 28 MAC: Henti sebar mesej palsu di saat negara menghadapi situasi genting menangani penularan wabak Covid-19, demikian nasihat Dato’ Menteri Besar.

“Disaat genting ini jauhkanlah dari terus menyebar berita kurang pasti, palsu atau jenaka yang menimbul resah dan gelisah,” tulis Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Amirudin menulis demikian ekoran sejak semalam tular di Whatsapp kononnya mesej suara dihantar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Christopher Lee memaklumkan perkembangan mengenai wabak Covid-19 sehingga menimbulkan kegelisahan awam.


Pengarang :