Oyo 188 YP Wangsa Hotel di Kuala Lumpur (kiri) dan Oyo 882 Hotel Sri Muda Corner di Shah Alam (kanan) menawarkan penginapan percuma kepada petugas kesihatan sehingga 14 April depan. Sumber – www.ttgasia.com
AGENDANASIONAL

Oyo Malaysia tawar hotel percuma buat petugas kesihatan

SHAH ALAM, 28 MAC: Oyo Malaysia menawarkan penginapan percuma kepada kakitangan kesihatan yang bertugas bagi menangani wabak Covid-19 di tiga hotel miliknya di negara ini bermula 25 Mac hingga 14 April depan.

Tiga hotel itu ialah Oyo 188 YP Wangsa Hotel di Kuala Lumpur, Oyo 882 Hotel Sri Muda Corner Shah Alam, Selangor dan Oyo 89676 Hotel 22 di Seremban, Negeri Sembilan, lapor www.ttgasia.com

“Kesemua hotel berkenaan terletak berdekatan dengan Hospital Kuala Lumpur, Hospital Shah Alam dan Hospital Tuanku Jaafar yang merawat pesakit Covid-19 dalam jumlah agak ramai.

“Kami berharap inisiatif ini dapat mengurangkan beban petugas barisan hadapan terutama kakitangan kesihatan supaya mereka dapat berehat dengan baik,” kata Ketua Oyo Malaysia dan Singapura, Tan Ming Luk.

Pada masa sama pihaknya mahu petugas-petugas terbabit dapat menjimatkan masa perjalanan di antara hospital dan rumah.


Pengarang :