AGENSISELANGOR

Pesakit bawah pemantauan Covid-19 mati dalam tandas Hospital Serdang

PUTRAJAYA, 28 MAC: Seorang lelaki yang berada di bawah pemantauan (PUI) Covid-19 ditemui mati di tandas wad Hospital Serdang semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Polis Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata mayat pesakit berusia 62 tahun itu ditemui pada jam 7.40 malam di dalam tandas hospital tersebut.

“Pesakit dimasukkan ke hospital pada Khamis lepas dan kematian pesakit dimaklumkan kepada pihak polis yang bertugas di pondok polis di hospital berkenaan oleh jururawat.

“Mayat akan diuruskan oleh pihak Hospital Serdang dan polis juga telah merakam percakapan daripada pengadu, jururawat hospital, saksi lain serta waris mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sepanjang menjalankan tugas, pihak polis turut dibekalkan peralatan perlindungan diri untuk keselamatan bagi merakam gambar di tempat kejadian dari jarak jauh.

– BERNAMA


Pengarang :