Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
AGENDANASIONAL

Rakyat bawa Covid-19 dari luar negara

SHAH ALAM, 28 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) menerima sejumlah kes positif Covid-19 di kalangan rakyat Malaysia yang baharu pulang dari luar negara kebelakangan ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya memandang serius kepatuhan masyarakat dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang antaranya menyekat pergerakan rakyat ke luar negara dan baharu pulang dari luar negara.

“Mereka yang baharu pulang perlu menjalani saringan kesihatan dan kuarantin sukarela selama 14 hari, sejumlah kes Covid-19 telah direkodkan di kalangan rakyat yang baharu pulang dari luar negara kebelakangan ini.

“Setiap rakyat perlu memainkan peranan dengan mematuhi arahan dikeluarkan kerajaan termasuk PKP yang kini dilanjutkan sehingga 14 April,” katanya pada sidang media hariannya di KKM Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata pematuhan pada ketetapan ini adalah penting bagi mengelakkan penularan jangkitan meluas dalam masyarakat.


Pengarang :