Selangorkini
Pengurus Operasi YIDE Md Arifin Jaafar membantu pelajar KUIS menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum memasuki Dewan Utama Pusat Konvensyen KUIS pada 13 Mac 2020. Facebook YIDE
AGENSI SELANGOR

YIDE edar cecair basmi kuman cegah Covid-19

ccsb-ads

SHAH ALAM, 14 MAC: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mengedarkan cecair pembasmi kuman kepada kakitangan dan penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) bagi mencegah  jangkitan Covid-19 di sini semalam, kata pengurus operasinya.

Md Arifin Jaafar berkata usaha murni itu bagi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya mengekalkan kebersihan.

“Sebagai kesedaran komuniti, kita mengingatkan sesiapa yang tidak sihat supaya tidak keluar rumah atau ke tempat awam kerana nilai mencegah lebih baik daripada merawat,” katanya dalam kenyataan.

Kotak cecair pembasmi kuman disampaikan Md Arifin kepada Timbalan Rektor, Pembangunan Mahasiswa dan Alumni KUIS, Dr Mohamad Syukri Abdul Rahman.

Pada masa sama, YIDE turut menjalankan operasi pengesanan suhu badan kepada pelajar yang menduduki peperiksaan di ruang masuk Dewan Utama Pusat Konvensyen KUIS.


Pengarang :