YIDE menyantuni pesakit dialisis di Pusat Dialisis Mais Sungai Besar pada 27 Mac 2020. Foto ihsan Yide
AGENSISELANGOR

Yide santuni pesakit dialisis Sungai Besar

SHAH ALAM, 29 MAC: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) mengagihkan sumbangan makanan asas kepada pesakit dialisis di Sungai Besar bagi membantu keperluan mereka.

Pengurus Besarnya Nur Mohd Razali Abdullah berkata bantuan seperti beras, sos cili, garam dan susu disumbangkan oleh Felda Global Ventures (FGV) bagi meringankan beban apabila terputus punca pendapatan.

“Yide prihatin dengan pesakit dialisis yang menjalani rawatan sewaktu negara dilanda wabak Covid-19 memandangkan mereka juga terdedah risiko besar.

“Kebajikan mereka perlu diambil perhatian kerana ada dalam kalangan pesakit ini yang tidak berkemampuan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menasihati pesakit dialisis menjaga kebersihan dan kesihatan diri supaya tidak terdedah gejala Covid-19.


Pengarang :