Petugas kesihatan menunjukkan sampel ujian saringan Covid-19 yang dibuat melalui kaedah pandu lalu di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam pada 20 April lalu. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
SELANGOR

252 kes aktif di Selangor, babitkan 27 mukim

SHAH ALAM, 25 APRIL: Selangor mencatatkan 252 kes aktif Covid-19 yang direkodkan di 27 mukim.

Mengikut data Pusat Kesiagaan dan Tindakan Krisis (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, sehingga jam 12 tengah hari tadi, jumlah tertinggi direkodkan di Hulu Langat dengan 64 kes yang kekal satu-satunya mukim zon merah di Selangor.

Ia diikuti Klang (30), Sungai Buloh (21), Petaling (19), Kajang (17), Damansara (16), Kapar (14), sembilan kes di Batu, lapan di Ampang dan tujuh di Bukit Raja.

Sementara itu, Dengkil, Tanjung 12 (2) dan Beranang merekodkan enam kes aktif, empat kes di Hulu Kelang dan tiga kes di Serendah, Cheras, dan Ijok.

Dua kes di Bagan Nakhoda Omar, Jeram, Batang Kali dan Rawang serta satu kes di Pancang Bedena, Batang Berjuntai, Teluk Panglima Garang, Labu, Kuang dan Setapak

Daripada 1,388 keseluruhan kes direkodkan di negeri ini, 13 adalah kes dari luar negara.

Seramai 1,108 pesakit Covid-19 di negeri ini pulih manakala 15 kematian direkodkan.


Pengarang :