ADNSELANGOR

ADN Kota Kemuning agih bantuan kepada 1,750 penduduk

SHAH ALAM, 15 APRIL: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Kemuning mengagihkan bantuan barangan keperluan asas kepada kira-kira 1,750 penerima di kawasan itu yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

V Ganabatirau berkata terdapat 2,500 penerima masih dalam proses menunggu bantuan dan pihaknya cuba mengagihkan secepat mungkin.

“Permintaan masyarakat semakin meningkat memandangkan PKP dilanjutkan sehingga 28 April ini. Justeru, saya mengambil langkah untuk meneruskan sumbangan tersebut dari semasa ke semasa atau kemungkinan hingga Julai,” katanya.

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Kemuning menyediakan sumbangan barangan makanan keperluan asas bagi golongan miskin B40 iaitu pendapatan keluarga RM1,500 dan ke bawah.

Permohonan boleh dilakukan dengan menghantar maklumat seperti nama ketua keluarga, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat penuh, nama ahli keluarga dengan nombor kad pengenalan mereka dan pendapatan isi keluarga ke WhatsApp atau mesej pesanan ringkas di talian 016- 545 7903.


Pengarang :